KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2021) 2022 tanpa dibahaskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Rabu.
Jelasnya RUU Perbekalan Tambahan itu bagi menampung perbelanjaan tambahan negeri berjumlah RM478,843,946.
RUU itu disokong Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
Sementara, Speaker DUN, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar memaklumkan, tiada perdebatan untuk RUU Perbekalan Tambahan berkenaan.
Uggah turut membentangkan usul untuk membawa resolusi anggaran perbelanjaan pembangunan tambahan pertama 2021 kepada Jawatankuasa Perbekalan.
Anggaran itu melibatkan 47 sub-aktiviti dan 68 sub-sub aktiviti dengan anggaran peruntukan RM81,608,762 juta.
“Amaun yang diperlukan telah dipindahkan daripada simpanan sub kepala bidang berkaitan, atau didahulukan daripada dana kontigensi,” katanya.
Peruntukan tambahan ini adalah untuk memenuhi perbelanjaan berdasarkan kepala bidang antaranya melibatkan perbelanjaan untuk infrastruktur di darat, sungai, utiliti kesihatan awam, bangunan kerajaan, pampasan tanah dan pembesaran penempatan, serta kewangan awam.
Terdahulu Sarawak telah memperuntukkan sejumlah RM9.832 bilion untuk belanjawan 2021 dengan RM6 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM3.832 bilion untuk perbelanjaan mengurus.
Bajet Sarawak 2022 berjumlah RM10.136 bilion telah diumumkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Oktober 2021 tanpa pembentangan di DUN Sarawak susulan perintah darurat yang masih berkuatkuasa di Sarawak ketika itu.
BACA: Bajet Sarawak 2022: Penjawat awam negeri itu terima bantuan satu setengah bulan gaji - Abang Jo
DUN Sarawak pagi ini menyaksikan Upacara Angkat Sumpah, Menteri Muda Menteri Pelancongan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu sebelum ini menjalani kuarantin wajib selama lima hari selepas disahkan kontak rapat.
Nuzuluddin Abdul Razak
Wed Feb 16 2022
Jelas Datuk Amar Douglas Uggah Embas, RUU Perbekalan Tambahan itu bagi menampung perbelanjaan tambahan negeri berjumlah RM478,843,946. - Foto Bernama
Buah-buahan Malaysia pikat warga Namibia, pacu potensi perdagangan
Produk pertanian Malaysia terutama buah-buahan berpotensi besar untuk dieksport ke Namibia. Ini kerana negara di benua Afrika itu melihat produk Pertanian Malaysia adalah istimewa dan hanya terdapat di negara tropika seperti nangka manggis dan durian.
Putin tiba di Beijing dalam usaha dapatkan sokongan China terhadap perang di Ukraine
Lawatan Putin dilihat sebagai talian hayat ekonomi bagi Rusia selepas Barat mengenakan sekatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Kyrgyz hasrat Malaysia lantik penasihat kerajaan
Anwar berkata hasrat itu dizahirkan oleh rakan sejawatnya Pengerusi Menteri-Menteri Kabinet Republik Kyrgyz, Akylbek Zhaparov pada pertemuan mereka di Kediaman Negara Ala Archa pada Rabu.
Pemasangan 'feeder pillar' baharu di Jalan Kepong-Kuala Selangor bermula Jun ini
Pemasangan feeder pillar melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 itu akan ditempatkan di kawasan terang dan terdedah kepada orang awam.
Ditembak lima das, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang “bertarung nyawa”
Pembedahan selama tiga setengah jam ke atas Robert Fico sangat kompleks, kata Menteri Pertahanan Robert Kalik.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
GPS kemuka cadangan tambahan 4 kerusi DUN baharu Sarawak kepada SPR
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk penambahan empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.
Persempadanan semula DUN Sarawak perlu libatkan kawasan bandar dan luar bandar - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kawasan yang terlibat wajar melibatkan penduduk pelbagai bangsa serta pembahagian kawasan bandar dan luar bandar
Sarawak terus berusaha jayakan agenda tambah bilangan wakil rakyat di Parlimen
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini diberitahu bahawa Sarawak akan terus berusaha ke arah menjayakan agenda menambah bilangan wakil rakyatnya di Parlimen.
DUN lulus Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak
RUU itu diluluskan selepas tujuh Ahli DUN mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak
Suasana pilu menyelubungi DUN Sarawak hari ini sebaik jenazah Abdul Taib Mahmud tiba bagi Istiadat Penghormatan Negeri.
Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib
Upacara penghormatan terakhir untuk orang ramai akan berlangsung selama empat jam setengah bermula jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.
Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak benarkan pemilik rumah jual lebihan kuasa - Abang Johari
Ia memberi sumber pendapatan baharu kepada pemilik rumah dan tiada lesen diperlukan untuk pemasangan panel dengan kapasiti sehingga 50KW.
Harga beras tempatan Sarawak tidak tertakluk Akta Kawalan Padi dan Beras
Harga beras tradisional tempatan Sarawak tidak tertakluk di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.
Premier Sarawak bentang bajet terbesar negeri berjumlah RM12.3 bilion
Kerajaan Sarawak pada Isnin mengumumkan bajet terbesar dalam sejarah negeri itu, dengan nilainya mencecah RM12.3 bilion.